Tuesday, December 13, 2011
Konsert 2pm Jelajah Asia 2011 @ Stadium Negara
Saturday, December 10, 2011
I-City, Shah Alam
Balik jer dari Cameron (tiba kat K.L Sentral dalam 8.30pm), plan seterusnya ialah mengunjungi I-City!! Walaupun letih, namun kitaorang msh teruja nak jalan-jalan! Sy & Sel naik komuter kat K.L Sentral ke Stesen Komuter Batu Tiga. Nasib baik la tak lama sangat tunggu.. Sebenarnya dah lama dan rasa malas nak naik komuter, tapi sebab adik tinggal kat Subang Jaya, terpaksa jugak ler.. Bila kitaorg sampai adik dah tunggu dan ready nak bawak kitaorang ke I-City.. Let's go!!
Mungkin sebab seronok dgn cuaca sejuk kat Cameron, datang sini cuaca plak panas.. tetiba rindu plak kat Cameron... hehehe.. Namun, I- City pun x kurangnya dengan Cameron; happening dan ramai org2x berkunjung kat sini. Mula-mula dengar nama ni.. hairan jugak apa kaitan dengan elektrik? knapa tak bubuh nama E-City jer.. hehe..
Besar dan luas jugak kwsn I-City ni.. Adik ada bgtau yg pokok-pokok elektrik baru sentiasa ditambah dan semakin canggih & cantik.. Kitaorg ronda2x dlm kereta dulu tgk keadaan sekeliling.. Tua, muda, besar, kecil semua ada di sini.. Rupa-rupanya dalam ni pun ada mini train yang mengelilingi kawasan pokok2x elektrik dan mcm2x lagi seperti merry go round..
Kitaorg tak lama kat sini, jalan-jalan ambik gambar dan singgah sebentar beli light-stick utk konsert 2pm keesokkan malamnya.. hehehe..
Baiknya:
1. Pokok-pokok buatan yang warna-warni mmg memikat dan memukau pandangan.. Lain sgt dari pokok-pokok biasa yang kita lihat.. hehehe
2. Kawasan luas sesuai utk rekreasi (ada skrin besar di tengah-tengah, mmg molek la santai-santai sambil tgk movie)
3. Pelbagai permainan ada di sini - budak-budak, remaja dan org tua boleh enjoy
4. Di samping pokok, terdapat jugak replika haiwan spt dinasour, lembu, kuda, panda.. etc.. dan replika bot dan mcm2x... hhaha.. subjek yang baik utk posing-posing sakan nih..
5. Kedai makan dan pelbagai fasiliti jugak la dalam I-city nih. Senang nak cari..
Buruknya:
1. Parking fee yang mahal - RM10.00 (mgkn kitaorg masuk ke dalam building, sbb tu byr mahal kot.. ntahla..)
Friday, December 9, 2011
Cameron Highlands 2011
Tarikh: 23 - 24 November 2011
Hotel: Tudor Home Inn, Brinchang, CH
Harga bilik utk 1 malam: RM80 (Double Bed, Tile)
Pengangkutan: Mat & Zu (tq sebab sudi bwk kitaorg ronda-ronda CH)
Ahli Rombongan: Me, Selina, Mat, Zu & si chomel Aina
Pengalaman melancong di sini mmg x dpt dilupakan, mmg rasa seronok sangat dapat pergi ke Cameron Highlands merasai sendiri cuaca sejuk dan lembap (suka cuaca sejuk-sejuk sekali sekala!) dan menikmati keindahan alam semulajadi - bunga-bunga, ladang-ladang strawberi, teh, rama-rama dan byk lagi..
Walaupun tak lama berada di sini, alhamdulillah mmg puas hati la sebab dpt ambik byk gambar dengan jayanya serta impian utk memetik strawberi pun tercapai jugak.. hehehe.. Memang misi kitaorang pergi ke sini pun nak bergambr dan berposing sakan.. shopping tu belakang kira..
Ow yer, kalau dulu kat Genting, kitaorg byk jumpa org luar, kat sini lain plak.. kebanyakkannya mmg org-org Malaysia sendiri ramai mengunjungi tmpt nih..
Tempat2x Menarik:
1. Pasar Malam Brinchang - menurut Angelo (pekerja Tudor Home Inn), sepanjg cuti sekolah, tiap-tiap mlm pasar ni dibuka.. kalau hari-hari biasa, pasar ni dibuka pada hujung minggu jer.. Memang sgt meriah dengan pelbagai barangan - buah-buahan, makanan, baju, cenderahati dan banyak lagi.. Sy dan Sel mlm tu jalan-jalan kat pasar malam ni sekadar berjln2x cari makan dan beli cenderahati.. hehehe.. Walaupun hujan gerimis dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan sejuk sangat2x.. kitaorg keluar jln jugak... rugi tak keluar tau.. Bila kitaorg tanya penjual gerai adakah cuaca selalu sejuk begini.. rupa-rupanya hari tu la cuaca plg sejuk sebab hujan dan angin.. ooo..
2. Big Red Strawberry Farm - keesokkan pagi selepas breakfast dan check out, Angelo cdgkan kitaorg pg ke sini.. La.. rupa-rupanya kat tepi hotel jer tempat ni.. keluar dari lobi hotel tengok sebelah kiri dah nampak dah sign board.. hahaha.. Pas masuk sini hanya RM4.00 utk ketiga-tiga taman - Cactus Valley, Strawberi dan Bunga.. Kat sini boleh petik strawberi sendiri; 1/2 kilo = RM20, 1 kilo = RM40.. Mmg seronok bila petik buah strawberi ni.. boleh ambik gambar tetapi x boleh makan buah masa petik.. Kalau nak makan jugak.. ha.. bersedialah msk muka dalam CCTV.. glamer la skjp..
3. Bharat Tea Plantation - kat sini kitaorg sekejap jer sebab hari dah petang dan hujan... Kitaorg kat sini sekadar nak tgk mcm mana daun teh dekat-dekat.. hehehe.. bila tgk rumpun daun teh tue.. aiks.. mcm biasa jer, x seperti yg dilihat dlm iklan @ gambar2x.. ladang tue 'track' dier mcm x dijaga sangat.. sempat gak masuk ke dalam ladang tu sekejp dan posing2x mana yg patut.. hehehe..
4. Kea Farm - Bila dengar Zu nak pg sini, ingatkan tempat ni ladang jugak.. rupa-rupanya, pasar tani.. Kat sini, byk sayur-sayuran dan buah-buahan segar dijual dengan harga yang murah.. Memang berbaloi klau nak beli hasil Cameron Highlands kat sini.. Suasana di sini pun mmg meriah dan of course sejukkkk...
Cadangan:
1. Bagi yg nak bermlm sy cdgkan bermalam di Brinchang, byk hotel dan inn yang menawarkan harga yang menarik. Selain itu, byk fasiliti lain terdpt di Brinchang.. tempat mkn pun senang nak cari, pendek kata mcm2x ada..
2. Kalau menetap kat Tudor Home Inn, sy cadangkan amik bilik yg ada karpet sebab kat CH sangat sejuk dan pastikan bilik tu lengkap dengan towel etc.. kalau x puas hati, siler la pegi ke lobi.. (kitaorg sekali tukar bilik sebab shower x berfungsi dan bilik x dikemas.. apadaaaa...). Yang bagusnya di sini; tempat makan kat bwh jer dan murah plak tue disamping dekat dengan pasar malam dan Red Big Strawberry Farm..
3. Siler la packing 1 sweater dan stokin2x bagi yang tak tahan sgt ngan cuaca sejuk.. Penting ni..
4. Ha.. bagi yang datang dari jauh terutamanya dari Sabah & Sarawak.. kalau nk bawak strawberi segar balik ke rumah... lupakan saje niat anda tu... hehehe.. jangan jadi macm sy dan kwn.. balik jer dari CH malm tu dah berair-air buah strawberi.. huhuhu T_T. Jadi, elok dan molek la hangpa beli strawberi kering sebg cenderahati..
Slideshow2x
Thursday, December 8, 2011
Genting Highlands - 2010
Dah lama dah nak buat entri pasal percutian ke Genting Highlands nie sebenarnya tapi x da masa dan 'feeling' yg sesuai nak buat.. Hahaha.. taubat mintak ampunnnn nak pg Genting Highland masa cuti sekolah, tambah-tambah lagi masa cuti nak dekat krismas... ya ampunnn.... byk manusia bersesak-sesak...
Yg uniknya, byk pelancong asing yang bercuti di sini terutamanya pelancong dari India, Arab dan kalau local; org cina yang ramai 'membanjiri' taman tema keriangan ni. Mungkin parents diaorang main kat kasino, anak-anak main kat game arcade, taman tema luar dan dalam... mmg satu tempat yang 'strategik' la jugak utk kurangkan stress...
Hahaha.. cakap psl stress.. kalau x cukup iman... memang bertambah stress nyer... yerlah, main 1 game hanya 1-3 minit jer.. tapi menunggunyer ya ampunnnn.. sampai 1-2 jam berbaris.. kalau ada tempat duduk tak pe lah jugak, nie sampai sakit 'berangat' tapak kaki berbaris... nasib cuaca sejuk, kalau panas... campur dengan aroma 'hangit' sekeliling.. lagi ler haru pilu... LEPUTZ... :P
Masa merancg nak pg genting, check kat website dier http://www.rwgenting.com/ memang exciting sangat... sb dari zaman sekolah dulu mmg teringin sgt nak pg genting.. nak main-main rollercoaster, nak jerit-jerit sepuasnyer n nak rasa cuaca sejuk kt situ.. Kitaorg stay kat First World Hotel (Keempat terbesar di dunia).. Just imagine, bila sampai pakai cable car (Genting Skyway)... kitaorg ikut jer sekumpulan manusia dan jalan-jalan konon-kononnya mcm tahu jer nak pg ke hotel tu.. hehehe sebenarnya tak tau pun.. dah jalan-jalan, (besar jugak First World Hotel nih) nampak sign First World Hotel.. dah la byk 'sayap' lagi hotel nih.. sayap kiri la kanan la.. pusing punya pusing akhirnya jumpa gak ngan kawasan check in..
Keunikan hotel ni, selain dari check in kat kaunter, kita boleh check in dan check out guna mesin. Bagi yang x berapa nak pandai guna mesin-mesin ni, jangan risau, ada pekerja hotel yang akan bantu kita utk check in dan check out.. Kita hanya guna IC org yang buat reservation utk proses ni.. Mmg sangat menarik dan jimat masa kita berbaris kat kaunter.. :) ...
Harga dan biliknya pula, kalau ikut tahun lepas, mmg berpatutan tapi bilik kitaorang agak kecil la... Kitaorg x kisah, sebab bukannya nak duduk lama-lama lam bilik pun..sekadar tempat tidur, mandi dan salin baju jer.. Lgpun, First World Hotel nie mmg dekat sgt ngan Taman Tema Luar .. taman tema dalam dier pun terletak dalam First World Plaza..dah la dekat jugak dengan stesen bas.. To sum up, First World Hotel nie mmg antara pilihan terbaik bila nak bermlm di Genting Highlands. ow yer, luper plak, kalau tempah bilik online dapat breakfast complimentary utk 2 org (biasa la kan..)
Cadangan:
1. Bawak baju sejuk/ sweater.. p/s: kalau rasa 'berdarah sejuk' tu x perlu la pakai sweater..hehe
5. Rancanglah aktiviti-aktiviti yang anda ingin lakukan kat sini supaya dapat atur budget dan masa. Sangatlah penting kawan-kawan sekalian supaya x menyesal kemudian hari.
Baiknya:
Baiknya:
Buruknya:
1. Mungkin hari dan masa kitaorg pg thn lepas mmg masa yg sangat sibuk di genting, jadi mmg menganggu sedikit sebyk pengurusan masa.. ingatkan nak relaks-relaks dan main puas-puas.. hhhmmm.. lain plak jadinya...
2. Pengalaman buruk kt genting apabila menunggu hampir 1 jam setengah dalam lorong/bilik tertutup yang x diketahui penghujungnya..fuhh.. dah la x da tempat duduk, sempit dan penuh plak dengan manusia-manusia... menyesal jugak masuk tapi gara-gara nak tengok persembahan 4d animasi... disabarkan jua.... dah la kaki sakit... adoiyai..
3. Snow World yang indah khabar dari rupa.. ingatkan dapat ler merasa salji turun or main-main ngan salji.. tapi bila dah masuk ke dalam serupa masuk ke dalam peti sejuk yang besar.. lebih baik tak payah.. aduh.. aduh.. dah la terpaksa pakai baju sejuk dan kasut terpakai yang dah basah.. Eewww..
4. Makanan dan minuman yang tersangatlah mahal... 'cekik darah', taik idong masin betullah... mana x diaorang nie cepat kaya... :P
Slideshow2x:
* lagu slideshow credit to T-ara: Roly Poly