Monday, December 30, 2013

Saya dan topeng kucing♡

Saya sangat suka menggunakan topeng kucing untuk edit gambar-gambar saya. Ia sangat sesuai untuk menutup muka dan 'imperfections' dlm gambar. Selain itu.. sy nampak comel jer dengan topeng kucing tersebut.. (hehehe... tangan naik ke bahu dan mata juling ke atas)

@ Pelbagai lokasi tarikan pelancong di Eropah


@ Madame Tussaud, Hong Kong

Tuesday, December 24, 2013

13 hari selepas percutian ke Eropah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..



antara pemandangan semasa dalam perjalanan ke Paris
approximately 11 hours!


bayangkan..
minum hot chocolate sambil
tgk pemandangan2x di luar dan dengar lagu bach dan rubenstein..
fuhh.. rasa macam bangsawan jer,, hehehe

Baru bangun dari tidur...  tak de kerja lain..
Tidor memanjang dlm perjalanan.. hehe♡


Baru ada semangat dan rasa nak update blog ni.. fuhh.. rupa-rupanya dah 13 hari berlalu.. tak terasa dan lebih kurang seminggu lagi sesi persekolahan bermula..

Apa yang boleh dikatakan tentang percutian ke Eropah ni yer.. hmmm.. saya masih lagi dalam keadaan yang 'daze' gitu.. rasa macam tak percaya dah jejak kaki ke sana dan merasai sendiri suasana musim sejuk..

Percutian yang sangat2x membuka minda, hati dan jiwa... agak memenatkan sebab terpaksa berkejar ke sana sini.. puas dapat berjalan ke 6 buah negara Eropah dalam masa 13 hari 10 malam, walaubagaimanapun masih tak puas lagi sebab sekejap2x jer kat sesuatu destinasi - 2 - 4 jam jer.. mmg tak cukup

Ok lah tanpa buang masa utk tulis dan cerita berjela-jela.. bukannya nak buat karangan SPM pun kan? hehe ini ringkasan kebaikan dan keburukan ikut pakej ke Eropah (ini pandangan peribadi saya sepanjang percutian dan keadaan semasa tu.. ok)

Kebaikan/ Kekuatan:

1. Pengangkutan 
Perkara ini yang paling best sebab tak perlu risau nak naik transport apa untuk ke sesuatu tempat.. kira macam naik dan turun jer dari hotel - bas - tempat - bas - hotel. Berjalan pun tak jauh..tak perlu runsing nak bayar, nak rancang perjalanan sebab 'tour leader' akan uruskan segala-galanya.

2. Hotel/ Tempat Penginapan
Pakej yang saya ambik ni awal-awal lagi pihak agensi bagitahu bertaraf 3 bintang.. sepanjang percutian tu secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan tahap kebersihan, layanan, keadaan bilik, lokasi dan menu sarapan yang disediakan..so, sy bagi 4 dari 5 bintang. Dalam banyak-banyak hotel dr segi lokasi, keadaan bilik, layanan dan menu sarapan yang saya paling suka ialah;

a. Hotel Drei Konige, Luzern, Switzerland (ada nasi, telur rebus dan dadar)
b. NH Manheim, Viernheim, German
c. Ibis Hotel Amsterdam, Holland
d. Campanile Bastille, Paris
e. Holiday Inn, Wembley, London (strict yg amat, pekerja front office tak berapa ramah)
* saya akan cuba sediakan entri berkenaan hotel2x ini nanti.. insya allah

3. Tempat-tempat Tarikan Pelancong
Kalau ikut pakej atau dalam rombongan, kita akan diberikan keistimewaan seperti 'group lane' atau laluan berkumpulan untuk mengelakkan kesesakan.. tambahan pula 'tour leader' akan uruskan segala tempahan dan pembelian tiket. Kita hanya tunggu dan ikut arahan 'tour leader' je. Contohnya; semasa di Titisee - demonstrasi pembuatan Cuckoo Clock, Mount Titlis, Naik tingkat 2 Eiffel Tour, Seine River Cruise, demonstrasi pembuatan Kasut Kayu di Zaanse Schans, Diamondante Museum, Amsterdam, Amsterdam's Boat Cruise dan pembuatan keju di Volendam. Di samping itu, pemandu2x pelancong semasa di Luzern, Paris, Amsterdam dan London memberikan 'insight' yang lebih mendalam tentang budaya dan info-info terkini dan bersejarah tentang bandar masing-masing.

4. Kebajikan/ Keselamatan Lebih Terjaga
Disebabkan 'tour leader' yang berpengalaman dan boleh berbahasa German, kami tidak mempunyai masalah semasa urusan imigresen di Frankfurt, malah pemandu bas kami sepanjang di Eropah (kecuali London) berbangsa Turki dan beragama Islam. Dengan bantuan 'tour leader', Mr. Mustapha (pemandu bas) membawa kami ke restoran kebab halal di Heidelberg.. Alhamdulillah.. menurut kata 'tour leader', sepanjang dia membawa rombongan ke Eropah, ini lah kali pertama dia berjumpa dengan pemandu beragama Islam. Jadi, urusan untuk sembahyang dan mencari makanan halal lebih terjamin dengan adanya bantuan dari orang tempatan dan muslim. Selain itu, kami amat terhutang budi dan berterima kasih kerana En. Mustapha membenarkan kami untuk makan dan bersembahyang di dalam bas. Kalau tak... alamat membeku kesejukan lah kami di luar.. ehehe

5. Tips Berguna Dari Yang Berpengalaman
'Tour Leader' sepanjang percutian ke Eropah memang banyak membantu dan berkongsi tips/ pengalaman serta mengingatkan kami; lagaknya seperti seorang bapa yang menjaga kepentingan dan keselamatan anak-anaknya. hehehe.. Contohnya; berhati-hati semasa di Eiffel Tower; ramai pick-pocket dan sindiket yang cuba untuk menipu dan mendesak kita mengeluarkan duit.. golongan ini dipanggil gipsi (mereka meminta tanda tangan kita untuk menyokong usaha mereka, apabila kita dah tanda tangan, mereka akan minta bayaran).. ada juga bangsa kulit hitam yang menjual key-chain Eiffel Tower yang tersangat murah atau kadang-kadang too good to be true.. ada yang tawarkan 50 key chain untuk 10 euro sahaja.. tetiba jer bila nak bayar, dia larikan duit kita.. mmg naya la.. apa yang dikatakan oleh 'tour leader' kepada kami mmg benar2x belaka. semasa menunggu di perkarangan Eiffel, ada la golongan ni mencuba nasib.. kami semua buat dek je sebab dah diingatkan awal2x. sampai ada budak2x gipsi tu cakap "please speak english".. huhuhu.. heran jugak tengok dorang ni.. kesian pun ada.

6. Berkenalan dengan Rakan/ Kawan Baru
Ahli rombongan kami seramai 29 orang termasuk 'tour leader'.. hanya kami bertiga sahaja dari Sarawak, selebihnya dari Kuantan, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Mula-mula kami berkumpul di Aras 5, KLIA untuk mendengar taklimat.. Ada 5 buah keluarga di dalam rombongan kami.. dari yang paling muda, kalau x silap 5 tahun ke golongan veteran dan di wajah masing-masing sudah nampak keterujaan. Waktu tu kitaorang belum berkenalan dengan lebih mendalam lagi cuma berbalas senyuman sahaja. Kita orang berkenalan dan memperkenalkan diri semasa hari kelima iaitu perjalanan dari Switzerland ke Paris yang mengambil masa kalau x silap 11 jam perjalanan.. (bukan apa, peraturan di sana, pemandu bas mesti berhenti setiap 2 jam selama 30 minit, klau x mereka akan didenda). Alhamdulillah, semua ahli rombongan sangat sporting dan x banyak karenah. Walaupun berbeza latar belakang, kami semua dapat bergaul dengan baik, saling bantu membantu dan semuanya berjalan lancar. Saya pun dapat rakan sebilik yang sangat best dan sangat sporting; Kak Zi! berjumpa di KLIA, terus click dan serasi bersama.. giteww.. Sangat bertuah dapat rakan sebilik macam dia.. mmg having fun sangat2x..hehehe

Keburukan/ Kelemahan:

1. Tak cukup masa 
- masa terhad di sesebuah tempat - rasa macam tergesa-gesa jer sebab nak pergi ke tempat lain plak.. tapi redha jer la sebab dah dalam program yang ditetapkan. Kalau ikutkan hati memang nak lama di Titisee, Brussels, Luzern, Vierheim, Paris, Amsterdam, Volendam, London tapi apakan daya.. nak ambik gambar pun rasa tergesa-gesa. apatah lagi shopping.. shopping 4 jam di Bister Village, Oxfordshire mmg x terasa masa berlalu, mcm cukup jer, mcm panjang jer masa tapi rupa-rupanya tak.. huhuhu..

2. Interaksi dengan Orang Tempatan
- satu lagi yang saya sangat kesalkan, interaksi dengan orang tempatan yang kurang.. mungkin sebab kami sentiasa berada dalam keadaan yang tergesa-gesa - mana nak shopping, sightseeing, ambik gambor lagi.. jadi tak de masa nak duduk lepak dan berbual-bual.. bila dah ada peluang berbual pulak, lidah jadi kelu.. haiya.. teringat peristiwa masa naik keta kabel di Titlis..

3. Kurang pengalaman
- oleh sebab segala urusan diuruskan oleh 'tour leader', jadi kira rugi jugaklah sebab tak tahu macam mana urusan pembelian tiket dan sebagainya. Saya pulak tak terfikir nak tanya 'tour leader' ttg perkara ni.. sekurang-kurangnya kalau ada pengalaman dan pengetahuan, dapat la uruskan sendiri nanti..

Setakat ni entri saya kali ni.. insya allah.. saya akan cuba tulis entri lain untuk perkongsian bersama..

Wassalam and have a nice day!  

hehehe.. my lunch on da road to Paris.. bon apetite!