Monday, November 18, 2013

10 hari sebelum trip ke Eropah..


Bismillahirrahmanirahim...

Alhamdulilah.. saya berjaya menukar RM1540 ke Euro. Ini hanyalah percubaan sahaja.. hanya sekadar merasai pengalaman menukar duit ke currency lain. Al-maklumlah, belum pernah lagi merasai pengalaman sedemikian. Untuk trip ke Hong Kong pada bulan 7 yang lepas, adik yang tolong tukarkan.

Berdasarkan pengalaman semalam, apabila pergi ke kedai Money Exchanger yang terletak di Jalan Padungan (saya tak tengok pula nama kedai tersebut) dan berhampiran dengan Everise Padungan, proses menukar duit ke currency lain tidaklah sesukar yang saya jangkakan.

Apabila masuk ke kedai tersebut, saya lihat ada dua kaunter disebalik geriji (bars)- mungkin untuk keselamatan pekerja. Proses pertukaran pun agak cepat.. mungkin dalam 3 - 5 minit sahaja. Pertama sekali saya bertanya tentang 'rate' terkini EURO ---> rm4.40 bersamaan 1 Euro kata pekerja terbabit ----> saya pun terus check rate di hand phone dan terus bersetuju kerana hanya beza 0.09 euro shaja.. Pekerja tersebut pun bagi resit kecil ----> saya bagi duit----> dia kira dan tunjuk jumlah di hadapan saya ----> selesai ----> ambik duit Euro tersebut ----> keluar dari kedai.. hehehe.. simple as that.. ow yer lupa pula, mereka ada minta kad pengenalan untuk tujuan verifikasi..

Kesimpulannya,


1. Sebelum nak tukar duit ke mana-mana currency kena rajin check rate terkini. Saya ingatkan ada 'hidden cost' ataupun cukai dikenakan untuk pertukaran duit.. rupa-rupanya tak der, pengurup wang ni memang dah naikkan dalam harga yg telah diberi kepada kita iaitu beza yang saya cakapkan mula-mula tadi.. 0.09 Euro.. dekat online currency converter lain rate nyer, di kedai lain plak .. kalau rajin dan ada masa, boleh check kat kedai pengurup yang menawarkan beza yang rendah untuk mendapatkan 'rate' yang terbaik.

2. Kira dulu duit sebelum meninggalkan kedai pengurup wang supaya tak 'putih mata'. Dalam kedai itu pun ada notis yang memaklumkan pelanggan supaya mengira jumlah duit sebelum meninggalkan kedai. Bukan nak salahkan pekedai menipu ke apa tetapi kita semua ni hanyalah manusia yang tak lari dari kesilapan.. Jadi, sama-samalah kita beringat yer..


Setakat ni jer post kali ni.. tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke benua Eropah ^_^


1 comment:

  1. Excellent write, and a delight to read. You are really making a point, but we cannot deny the thrill that comes with the Green. : ) hotel frankfurt oder

    ReplyDelete