Wednesday, November 20, 2013

Mengaktifkan Kad ATM Cimb untuk kegunaan luar negara

Bila 'search' dlm internet ttg jumlah perbelanjaan dan proses pertukaran wang di luar negara terutamanya di Eropah, ramai yang mencadangkan penggunaan mesin atm kerana kos operasi yang rendah berbanding kedai money exchanger di sana. Di samping itu, atm juga senang didapati berbanding kedai money exchanger.

Jadi.. sy buat keputusan untuk mengaktifkan kad atm untuk kegunaan dan pengeluaran luar negara (back up plan in case tak cukup duit sepanjang berada di sana). Search di internet ttg prosesnya dan terjumpa tutorial video utk mengaktifkan kad.. alhamdulillah.. senang jer rupanya.. tak perlu nak pergi ke bank atau telefon bank utk aktifkan kad ^_^.

Okay.. jom kita tengok apa prosesnya.. 

1. Log in ke cimbclicks.  Di ruang paling hujung skali bahagian atas.. cari settings dan klik. Akan keluar seperti gambar di bawah

Tekan atm/ debit card services --> link account

Pilih overseas atm usage

2. Seperti yg dpt dilihat di bawah, ada 2 akaun - credit card dan cimb bank atm card/ debit card. Kad kredit sy tu dah x aktif lagi dah.. nampaknya kad kredit mmg sedia ada diaktifkan utk penggunaan luar negara.. kad atm pula status nya deactivated.

Tekan link akaun cimb bank atm card/ debit card

3. Apabila dah tekan link akaun, akan keluar setting untuk menukar status penggunaan di luar negara seperti gambar di bawah.. ada 3 status yang boleh dipilih - 'permanent' (kekal), 'temporary' (sementara utk tarikh2x atau tempoh masa kita berada d luar negara) dan 'deactivated'.

Sila isi tarikh mula dan akhir jika menggunakan khidmat 'temporary'

4. Setelah selesai dengan pilihan, untuk keselamatan akaun, seperti biasa kita perlu mohon kod TAC @ Transaction Authorization Code. Sy pilih kod menerusi sms.

Tekan request via ---- sms


Tekan confirm



5. Selesai urusan, akan terpampang status seperti gambar di bawah. Sekarang, dah boleh guna kad atm untuk pengeluaran di luar negara ^_^.

Selesai!




8 comments:

  1. Thanks for posting this.. I've applied my credit card CIMB.. more info check it out http://www.imoney.my/credit-card/cimb-bank/petronas-platinum

    ReplyDelete
  2. Ouh.. tak tahu lah pula yang kad Cimb ni boleh guna kat luar negara.. selama ni guna Amex je.. huhu.. Kalau macam tu Jom Aktifkan hari ni lah kat CIMB

    ReplyDelete
  3. Ada negara yg atm guna 4 digit pin. So mcm mana ye kalau nk withdraw duit kt sana?

    ReplyDelete
  4. kalau buat permanent ada apa2 charge x?ok x kalau buat permanent terus..mintak penjelasan...

    ReplyDelete
  5. Very useful information...follow step by step...terus on the spot bleh guna kat saudi

    ReplyDelete
  6. Nasib baik jumpa ni . thanks :) very helpful . Terus activate kn .

    ReplyDelete
  7. kat jepun kat mana nak withdraw duit..byk dah try atm machine lain2..semua reject..haha

    ReplyDelete