Tuesday, November 26, 2013

Checklist 2 hari sebelum trip ke Eropah

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya telah membuat senarai @ checklist pakaian dan barangan yang akan dibawa semasa trip ke Eropah nanti.. menyediakan checklist bagi saya amat penting skali apabila kita membuat sesuatu pekerjaan.. sebabnya...

1. Membantu kita supaya lebih fokus kepada perkara yang penting dan perlu sahaja 
2. Menjimatkan masa semasa mengemas barang2x
3. Mengelakkan kita terlupa akan barang2x yang perlu dan penting utk dibawa

Dan byk lagi.. 

Semasa membuat checklist ini, saya cuba untuk meminima brg2x yg dibawa supaya sesuai dgn konsep 'travelling lightly'... namun sy juga mementingkan keselesaan semasa dlm percutian (mmg amat penting sekali!). 

Berikut checklist yang sy buat berdasarkan tempoh masa berada di Eropah iaitu selama 13 hari 10 malam

A. PAKAIAN (bersesuaian dgn musim sejuk)

1. Winter coats - 2 pasang
2. Jeans - 3 pasang
3. Blouse - 6 pasang
4. Sarung tangan - 2 pasang
5. Stoking - banyak - 10 - 12 pasang
6. Winter boots - 2 pasang
7. Sandle - 1 pasang
8. Shawls - 7 pasang
9. Sweater - 1 pasang 
10. Anak tudung - sepasang
11. T-shirt - 1 lengan pendek, 2 lengan panjang
12. Seluar tidur - 2 pasang
13. Telekung & travel prayer mat - sepasang  

B. TOILETRIES (saiz mini)
* rahsia utk mengurangkan berat bagasi ialah dengan membawa toiletries spt shampoo, ubat gigi, krim kecantikan, lotion dsbnya dalam saiz mini (letak bhn2x tersebut dlm travelling set yg boleh didapati di kedai2x atau farmasi)

1. Shampoo 
2. Lotion Enchanteur
3. Sf Beauty Soap (potongan kecik jer)
4. Vas Lip Adv (Lip Balm) - melembapkan bibir yg kering, al maklumlah musim sejuk di sana
5. Krim siang dan malam SF Beauty
6. Pantyliner dan modes (perempuan shj) ^_*
7. Lipstick
8. Eyeliner
9. Ubat gigi
10. Berus gigi
11. Colgate mouth wash

C. UBAT-UBATAN (mengikut keadaan kesihatan anda)

1. Actifast - 2 papan (16 pil)
2. Koyok Salon Pas - 1 kotak (2 bungkus-10 patches dlm 1 bungkus) - sgt berkesan utk mengurangkan rasa pening kepala, lenguh2x badan.. item yang mesti ada!
3. Strepsils (orange with vitamin c) - 1 kotak : 24 biji
4. Ubat sakit perut
5. Minyak angin

D. UTILITIES 

1. Mini thermos (untuk simpan minuman panas) - 1 pc
2. Travelling iron - 1 pc
3. Payung lipat - 1 pc (musim sejuk - lempab dan hujan)
4. Adapter antarabangsa - 1 pc
5. Travel hanger - 2 pcs
6. Vacuum compress - 3 pcs (item mesti ada - membantu 'mengecilkan' saiz simpanan pakaian anda)
7. Penutup mata - 1 pc (utk tidor dan berehat dgn lebih selesa semasa perjalanan dlm kpl terbang atau bas)

E. MAKANAN/ MINUMAN (penting!!!)
* Al-kisahnya, pihak Poto hanya sediakan sarapan pagi dan sekali makan tengahari shj sepanjang tempoh percutian... oleh kerana di Eropah, susah nak dapatkan makanan halal dan juga harga yang agak mahal jika makan di restoran.. jadi langkah bijak ialah membawa seberapa byk makanan ... tak pe kalau penuh beg sebab bekalan.. yg penting perut penuh dan kenyang.. kenyang perut suka hati.. ye tak? Hehehe :)

1. Roti berinti sardin - 14 - 15 biji (plan nak beli di klia nanti ;))
2. Milo 3 in 1 - 1 bungkus (10 paket)
3. Makanan dlm tin (kari ayam, tuna, kari lembu) - 3 @ 4 tin
4. Chocolate energy bar (item mesti ada) - 5 paket.. utk memberi tenaga semasa dlm perjlnan..
5. Pizza/ roti puff - tgk keadaan..
6. Air kotak saiz kecil (Anlene, Milo)- sepaket @ 2 paket (tgk kesesuaian berat bagasi)
7. Roti kosong - 1 bungkus besar
8. Mee maggi cup - 1 pc + maggi paket (tgk keadaan bagasi)

Owh yer.. pasal minuman air kosong..sy hanya bwk botol kosong jer sebab di sana nanti; berdasarkan research d internet, senang nak dapat bekalan air kosong dan dijamin bersih serta selamat utk diminum. Mesin2x ada terdpt di kwsn tarikan pelancong.. ^_^


Diharap perkongsian ini dapat memberi ilham pada para pembaca.. jika ada sebarang tambahan brgan yg perlu dibawa boleh lah komen yer.. hehe.. kita sama-sama berkongsi pengalaman..

Sekian sahaja dari saya.. bertemu lagi dalam post seterusnya.. insya allah.. 





8 comments:

  1. Tq so much ! entry yg sgt membantu.. saya ambil ya list nya =)

    ReplyDelete
  2. Betul betul membantu...saya nak ambil list juga bole...Plan nak terjah Nov nii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siler2x.. gembira dpt membantu. selamat menerjah eropah :)

      Delete
  3. As slm
    nak tny.
    makanan dlm tin x kena tahan kastam ke?
    Is it ok bawa mknn selain maggi like dlm tin tu?

    ReplyDelete
  4. Waalaikumuslm. Sori lambt reply.. bru perasan ada komen. Boleh bwk makanan dlm tin tp kena simpan dlm baggage/luggage utk kargo bukannya hand carry luggage

    ReplyDelete
  5. Rasanye perlu atau x bw portable rice cooker n stroller utk baby ke sane nnti..ye la kn, sbb kt sne nnti akn brpindah randah..

    ReplyDelete