Thursday, December 8, 2011

Genting Highlands - 2010

Salam semua..

Dah lama dah nak buat entri pasal percutian ke Genting Highlands nie sebenarnya tapi x da masa dan 'feeling' yg sesuai nak buat.. Hahaha.. taubat mintak ampunnnn nak pg Genting Highland masa cuti sekolah, tambah-tambah lagi masa cuti nak dekat krismas... ya ampunnn.... byk manusia bersesak-sesak...

Yg uniknya, byk pelancong asing yang bercuti di sini terutamanya pelancong dari India, Arab dan kalau local; org cina yang ramai 'membanjiri' taman tema keriangan ni. Mungkin parents diaorang main kat kasino, anak-anak main kat game arcade, taman tema luar dan dalam... mmg satu tempat yang 'strategik' la jugak utk kurangkan stress...

Hahaha.. cakap psl stress.. kalau x cukup iman... memang bertambah stress nyer... yerlah, main 1 game hanya 1-3 minit jer.. tapi menunggunyer ya ampunnnn.. sampai 1-2 jam berbaris.. kalau ada tempat duduk tak pe lah jugak, nie sampai sakit 'berangat' tapak kaki berbaris... nasib cuaca sejuk, kalau panas... campur dengan aroma 'hangit' sekeliling.. lagi ler haru pilu... LEPUTZ... :P

Masa merancg nak pg genting, check kat website dier
http://www.rwgenting.com/ memang exciting sangat... sb dari zaman sekolah dulu mmg teringin sgt nak pg genting.. nak main-main rollercoaster, nak jerit-jerit sepuasnyer n nak rasa cuaca sejuk kt situ.. Kitaorg stay kat First World Hotel (Keempat terbesar di dunia).. Just imagine, bila sampai pakai cable car (Genting Skyway)... kitaorg ikut jer sekumpulan manusia dan jalan-jalan konon-kononnya mcm tahu jer nak pg ke hotel tu.. hehehe sebenarnya tak tau pun.. dah jalan-jalan, (besar jugak First World Hotel nih) nampak sign First World Hotel.. dah la byk 'sayap' lagi hotel nih.. sayap kiri la kanan la.. pusing punya pusing akhirnya jumpa gak ngan kawasan check in..

Keunikan hotel ni, selain dari check in kat kaunter, kita boleh check in dan check out guna mesin. Bagi yang x berapa nak pandai guna mesin-mesin ni, jangan risau, ada pekerja hotel yang akan bantu kita utk check in dan check out.. Kita hanya guna IC org yang buat reservation utk proses ni.. Mmg sangat menarik dan jimat masa kita berbaris kat kaunter.. :) ...


Harga dan biliknya pula, kalau ikut tahun lepas, mmg berpatutan tapi bilik kitaorang agak kecil la... Kitaorg x kisah, sebab bukannya nak duduk lama-lama lam bilik pun..sekadar tempat tidur, mandi dan salin baju jer.. Lgpun, First World Hotel nie mmg dekat sgt ngan Taman Tema Luar .. taman tema dalam dier pun terletak dalam First World Plaza..dah la dekat jugak dengan stesen bas.. To sum up, First World Hotel nie mmg antara pilihan terbaik bila nak bermlm di Genting Highlands. ow yer, luper plak, kalau tempah bilik online dapat breakfast complimentary utk 2 org (biasa la kan..)

Cadangan:

1. Bawak baju sejuk/ sweater.. p/s: kalau rasa 'berdarah sejuk' tu x perlu la pakai sweater..hehe

2. Lagi baik pakai stokin n pakai kasut supaya senang nak bermain-main kat sana sebab x perlulah nak bukak sandal ker, selipar ker bila bermain roller coaster or buaian besar (dah x ingat nama... tapi memang best main woo). Bukan apa, nanti kang selipar dan sandal tu melayang ke bwh plak bila bermain.. kan naya.. hahaha

3. Bagi yang nak bermlm tu, bawaklah bekalan minuman (botol mineral @ air kotak @ paket 3 in 1) dan makanan segera (mee cup, bubur cup etc, roti). Tahun lepas bila pegi genting, sibuk jer suruh adik dan cousin bawak air tapi tak ingat plak ngan makanan.. bila dah sampai genting, baru lah rasa hampeh sebab x pikir pun nak bwk makanan sekali.. dah la harga makanan dan minuman semuanya mahal-mahal.. bygkan la 5 paket 3 in 1 milo RM10.00.. wau... INSAF makcik... Restoran segera spt McD dan KFC pun 'cekik darah' jugak.. hhhmmmm..

4. Beli tiket online utk taman tema luar pun dah cukup.. kat taman tema dalam x perlu beli la.. mainan kebanyakannya sesuai utk kanak-kanak.. x berbaloi beli tiket. kalau beli awal melalui online, x perlu la berbaris panjang nak beli tiket kt kaunter.. jimatkan masa anda... nanti kalau lmbt, x dpt main permainan2x kat taman tema luar... hahah.. cara ni berkesan kalau korang yakin x der kabus tebal or hujan lebat hari tu.. hehehe.. kalau x, melepas la..

5. Rancanglah aktiviti-aktiviti yang anda ingin lakukan kat sini supaya dapat atur budget dan masa. Sangatlah penting kawan-kawan sekalian supaya x menyesal kemudian hari.

Baiknya:
Baiknya:

1. Ripley's Believe It or Not - mmg berbaloi pg sini, kalau x silap RM18 jer... Mula-mula tu rasa x berbaloi jer tapi bila dah mula masuk ke dalam, fuyoooo.. benarlah kata pepatah "Don't Judge A Book By Its Cover".. Seronok sangat.. Bahan-bahan pameran yang pelik datang dari serata dunia dan mmg standard seperti mana-mana galeri pameran Ripley's.. Plg mengujakan apabila masuk ke terowong bergerak.. rasa mcm nak terjatuh jer dari jambtn... tapi sy, adik2x dan cousin berkali-kali masuk ke dalam dan ketawa.. (mcm org giler jer.. huhuhu)

2. Pemandangan gunung ganang yang superb & extravaganza, cuaca yg sejuk (konon-kononnya mcm berada kt luar negara), suasana meriah (org ramai, permainan etc) dan boleh ler kata 'once in a lifetime experience' di Malaysia ni.

3. Permainan pun boleh tahan jugak - corkscrew, spinner (buaian beso), sungai rejang flume ride, space shot (naik tinggi3x keatas, pas tu turun bwh laju-laju), flying coaster n byk lagi.. kalau nak santai-santai sambil tengok keadaan sekeliling, boleh ler cuba dulu main family rides - monorail, matahari, minitrain... etc semua nie mengelilingi kawasan taman tema genting..

Buruknya:

1. Mungkin hari dan masa kitaorg pg thn lepas mmg masa yg sangat sibuk di genting, jadi mmg menganggu sedikit sebyk pengurusan masa.. ingatkan nak relaks-relaks dan main puas-puas.. hhhmmm.. lain plak jadinya...

2. Pengalaman buruk kt genting apabila menunggu hampir 1 jam setengah dalam lorong/bilik tertutup yang x diketahui penghujungnya..fuhh.. dah la x da tempat duduk, sempit dan penuh plak dengan manusia-manusia... menyesal jugak masuk tapi gara-gara nak tengok persembahan 4d animasi... disabarkan jua.... dah la kaki sakit... adoiyai..

3. Snow World yang indah khabar dari rupa.. ingatkan dapat ler merasa salji turun or main-main ngan salji.. tapi bila dah masuk ke dalam serupa masuk ke dalam peti sejuk yang besar.. lebih baik tak payah.. aduh.. aduh.. dah la terpaksa pakai baju sejuk dan kasut terpakai yang dah basah.. Eewww..

4. Makanan dan minuman yang tersangatlah mahal... 'cekik darah', taik idong masin betullah... mana x diaorang nie cepat kaya... :P

Slideshow2x:

Genting 2010 Day 1 Slideshow: Djah’s trip to Genting Highlands, Pahang, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Genting Highlands slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.


Genting 2010 Day 2 Slideshow: Djah’s trip to Genting Highlands, Pahang, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Genting Highlands slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

* lagu slideshow credit to T-ara: Roly Poly
* sori ek.. kalau tetiba jer dgr tindihan lagu ni, sila tekan butang play, kasik pause sampai lagu tu habis, baru tekan balik butang play.. fuhh.. selamat telinga.. hehe

No comments:

Post a Comment