Friday, December 9, 2011

Cameron Highlands 2011

Jom jalan-jalan ke Cameron Highlands!!

Tarikh: 23 - 24 November 2011
Hotel: Tudor Home Inn, Brinchang, CH
Harga bilik utk 1 malam: RM80 (Double Bed, Tile)
Pengangkutan: Mat & Zu (tq sebab sudi bwk kitaorg ronda-ronda CH)
Ahli Rombongan: Me, Selina, Mat, Zu & si chomel Aina

Pengalaman melancong di sini mmg x dpt dilupakan, mmg rasa seronok sangat dapat pergi ke Cameron Highlands merasai sendiri cuaca sejuk dan lembap (suka cuaca sejuk-sejuk sekali sekala!) dan menikmati keindahan alam semulajadi - bunga-bunga, ladang-ladang strawberi, teh, rama-rama dan byk lagi..

Walaupun tak lama berada di sini, alhamdulillah mmg puas hati la sebab dpt ambik byk gambar dengan jayanya serta impian utk memetik strawberi pun tercapai jugak.. hehehe.. Memang misi kitaorang pergi ke sini pun nak bergambr dan berposing sakan.. shopping tu belakang kira..

Ow yer, kalau dulu kat Genting, kitaorg byk jumpa org luar, kat sini lain plak.. kebanyakkannya mmg org-org Malaysia sendiri ramai mengunjungi tmpt nih..

Tempat2x Menarik:

1. Pasar Malam Brinchang - menurut Angelo (pekerja Tudor Home Inn), sepanjg cuti sekolah, tiap-tiap mlm pasar ni dibuka.. kalau hari-hari biasa, pasar ni dibuka pada hujung minggu jer.. Memang sgt meriah dengan pelbagai barangan - buah-buahan, makanan, baju, cenderahati dan banyak lagi.. Sy dan Sel mlm tu jalan-jalan kat pasar malam ni sekadar berjln2x cari makan dan beli cenderahati.. hehehe.. Walaupun hujan gerimis dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan sejuk sangat2x.. kitaorg keluar jln jugak... rugi tak keluar tau.. Bila kitaorg tanya penjual gerai adakah cuaca selalu sejuk begini.. rupa-rupanya hari tu la cuaca plg sejuk sebab hujan dan angin.. ooo..

2. Big Red Strawberry Farm - keesokkan pagi selepas breakfast dan check out, Angelo cdgkan kitaorg pg ke sini.. La.. rupa-rupanya kat tepi hotel jer tempat ni.. keluar dari lobi hotel tengok sebelah kiri dah nampak dah sign board.. hahaha.. Pas masuk sini hanya RM4.00 utk ketiga-tiga taman - Cactus Valley, Strawberi dan Bunga.. Kat sini boleh petik strawberi sendiri; 1/2 kilo = RM20, 1 kilo = RM40.. Mmg seronok bila petik buah strawberi ni.. boleh ambik gambar tetapi x boleh makan buah masa petik.. Kalau nak makan jugak.. ha.. bersedialah msk muka dalam CCTV.. glamer la skjp..

3. Bharat Tea Plantation - kat sini kitaorg sekejap jer sebab hari dah petang dan hujan... Kitaorg kat sini sekadar nak tgk mcm mana daun teh dekat-dekat.. hehehe.. bila tgk rumpun daun teh tue.. aiks.. mcm biasa jer, x seperti yg dilihat dlm iklan @ gambar2x.. ladang tue 'track' dier mcm x dijaga sangat.. sempat gak masuk ke dalam ladang tu sekejp dan posing2x mana yg patut.. hehehe..

4. Kea Farm - Bila dengar Zu nak pg sini, ingatkan tempat ni ladang jugak.. rupa-rupanya, pasar tani.. Kat sini, byk sayur-sayuran dan buah-buahan segar dijual dengan harga yang murah.. Memang berbaloi klau nak beli hasil Cameron Highlands kat sini.. Suasana di sini pun mmg meriah dan of course sejukkkk...

Cadangan:

1. Bagi yg nak bermlm sy cdgkan bermalam di Brinchang, byk hotel dan inn yang menawarkan harga yang menarik. Selain itu, byk fasiliti lain terdpt di Brinchang.. tempat mkn pun senang nak cari, pendek kata mcm2x ada..

2. Kalau menetap kat Tudor Home Inn, sy cadangkan amik bilik yg ada karpet sebab kat CH sangat sejuk dan pastikan bilik tu lengkap dengan towel etc.. kalau x puas hati, siler la pegi ke lobi.. (kitaorg sekali tukar bilik sebab shower x berfungsi dan bilik x dikemas.. apadaaaa...). Yang bagusnya di sini; tempat makan kat bwh jer dan murah plak tue disamping dekat dengan pasar malam dan Red Big Strawberry Farm..

3. Siler la packing 1 sweater dan stokin2x bagi yang tak tahan sgt ngan cuaca sejuk.. Penting ni..

4. Ha.. bagi yang datang dari jauh terutamanya dari Sabah & Sarawak.. kalau nk bawak strawberi segar balik ke rumah... lupakan saje niat anda tu... hehehe.. jangan jadi macm sy dan kwn.. balik jer dari CH malm tu dah berair-air buah strawberi.. huhuhu T_T. Jadi, elok dan molek la hangpa beli strawberi kering sebg cenderahati..

Slideshow2x



Cameron 2011 Day 1 Slideshow: Khadijah’s trip from Kuching, Sarawak, Malaysia to Brinchang was created by TripAdvisor. See another Brinchang slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.


No comments:

Post a Comment