Monday, November 18, 2013

Tentatif program Europe London 2013

(Sumber: www.pototravel.com.my)

Saya mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat syarikat pelancongan untuk merealisasikan "my dream vacation" dari zaman kanak-kanak lagi berdasarkan pengalaman semasa percutian ke Hong Kong.

Mmg agak meletihkan kerana masalah bahasa dan juga banyak tempat menarik belum sempat diteroka. Sangat2x diakui kalau kita rancang sendiri pelancongan, lebih jimat dan jadual lebih fleksibel namun pelbagai perkara perlu diambil kira..

Jadi.. kalau nak lebih relaks dan tak nak fikir apa2x semasa pelancongan dan jika ada budget yang lebih, tidak salah menggunakan pakej. Setelah membuat survei secara online.. akhirnya saya memilih Poto Travel. Syarikat yang satu-satunya mendapat liputan meluas dr pihak media dan aktif mempromosikan pakej2x pelancongan. Yang pentingnya, syarikat ini 100% syarikat bumiputera dan mementingkan penjagaan solat dan makanan halal..

Satu lagi pengalaman yg sy rasai semasa di Hong Kong ialah betapa susahnya nak cari makanan halal.. huhu.. jadi, dgn ikut pakej ni.. meringankan skit beban nak cari tempat mkn halal -- sebab mereka dh tahu dan ada pengalaman :)

Jadi, saya berharap pengalaman melancong dengan pihak Poto Travel akan menjadi kenangan yang manis buat saya dan 28 org ahli rombongan ke sana nanti.. insya allah :)

No comments:

Post a Comment