Tuesday, December 13, 2011

Konsert 2pm Jelajah Asia 2011 @ Stadium Negara

JOM JALAN-JALAN KE KONSERT 2PM!!


Tempat: Stadium Negara
Tarikh: 25 November 2011/ Jumaat
Masa: 0830 - 1030


Saya berasa amat beruntung skali sebab kawan yang sponsor tiket utk ke konsert 2pm. Kalau nak tunggu diri sendiri yang beli tiket, alamatnya x de la merasai pengalaman seperti ini. Bila dengar Sel bgtahu yg 2pm ada buat konsert di Malaysia dan ajak tgk sambil2x tu melancong ke sana.. sy, apalagi dengan senang hatinya menerima 'tawaran baik' dier. hehehe..

Sebelum pg konsert, kitaorg ronda-ronda dulu sekitar Selangor & K.L = SACC Mall, Plaza Sentral & Berjaya Times Square.. Nasib baik la adik amik cuti sebab dier nak service keta seblm trip ke Melaka keesokkan harinya.. Boleh la dia relaks dan hantar kitaorg ke K.L.

Sampai jer kat K.L dengan pertolongan Maps Nokia, kitaorg survey dulu lokasi Stadium Merdeka... Rupa-rupanya dekat jer ngan Berjaya Times Square. Dah byk gerai-gerai makanan ringan dan gerai-gerai yang menjual cenderahati sempena konsert 2pm di tepi-tepi jalan kat Stadium Negara. Orang ramai pun mula membanjiri kwsn Stadium Negara (walaupun jam baru jer pukul 4.00 petang)

Kitaorg putuskan utk lepak dan jalan2x kat Berjaya Times Square dulu sebab masih ada masa lagi.. Sebenarnya rindu nak pg sini.. dulu, masa tahun 2007, saya selalu lepak kat sini terutamanya kat Borders... skang nie dah makin kecil tempat ni dah x seperti dulu.. sedih jugak tgk.. mungkin ramai org lepak n baca buku jer tanpa membeli.. mana x bankrap Borders.. huhu

Jurah perkenalkan kedai menjual brg2x K-Pop ngan Sel.. hahaha.. apalagi Sel, terus serbu kedai tu.. lama jugak kitaorg kat kedai ni.. sy x ingat plak nama kedai tu.. tapi kalau x silp kat tingkat 3.. kedudukan kedai tu dekat tepi skali seblah kiri (kalau masuk dari depan Berjaya Times Square).. Kedai tu kecil jer tapi padat dgn brg2x cenderahati K-pop spt key-chain, badge, baju, beg, hiasan handphone, cd dan macm2x lah.. mmg sesuai skali ngan peminat2x K-Pop!

Sebab lama kat kedai tu, kitaorg x sempat nak ronda2x sangat kat sini, jadi saya dan Sel terus pergi ke stesen monorail Times Square dan dari situ kitaorg berhenti kat Stesen Monorail Hang Tuah.. berpadat-padat kitaorg mcm dalam tin sardin, nasib la dekat jer.. kitaorg berjalan kaki ke Stadium Negara.. Bila sampai kat situ, suasana dah mula meriah dan nasib baik la brg2x cenderahati 2pm masih ada lagi.. Kitaorg singgah sebentar cari baju, light stick dan brg2x lain..

Kat depan pintu masuk stadium, peminat2x dah byk berbaris dan bagus jugak la pihak penganjur dah bahagikan tempat masuk utk pelbagai kategori tiket Rock Pit, VVIP/VIP dan Free Seating. Sel beli tiket VIP (RM391.00 - fulamak, terperanjat jugak bila tgk harga tiket, Kansahamnida Sel!! :)) dan nasib baik kitaorg tak lama tunggu nak masuk ke dlm sedangkan free seating masih rmai lagi yg menunggu kat luar..

Kat dalam ni rupa-rupanya ada surau.. Alhamdulillah, dapat la bersembahyang dulu seblm tengok konsert nie.. tandas pun bersih dan besar.. masuk jer kat ruang konsert, kitaorg cari seat kat seblh kanan stadium.. hhmmm... kalau la dapat VVIP seat mmg untung.. beza dengan VIP cuma RM100 jer..

Perasaan masa tu, ntahlah excited ada, blur ada, letih pun ada.. Al-maklumlah pertama kali tengok konsert.. artis Korea plak tue.. selama ni tgk video clip jer.. skrg ni nak tgk live plak.. mmg aneh & mengujakan prasaan itew.. hahaha.. konsert bermula pukul 0830pm.. lma jugak la kitaorg tunggu.. dlm tunggu menunggu tu, pihak penganjur ada siarkan video clip dan iklan artis2x kpop terutamanya artis2x dibwh JYP Production.

Bila dah ramai peminat2x kat dlam Stadium nie.. kehangatan dan semangat nak tgk konsert pun membara.. Sel dah menjerit-jerit tanda gembira (2pm ni mmg grup yang dia minat sgt2x terutamanya NichKhun - blm popular lagi grup ni dia mmg dah minat sejak lagu Again and Again.. hehehe).. sebab tu bila 2pm yang julung-julung kalinya ke Malaysia buat konsert, dia sanggup pg dan sponsor sy skali utk temankan dier.. hehee

Ow yer, dalam kitaorg menunggu dengan sabarnya.. tiba-tiba plak ada peminat2x menjerit kat sebelah kiri stadium.. Kitaorg ingatkan JYP atau ada rakan artis Kpop yg lain hadir.. rupa-rupanya keluarga NichKhun ada dkt bahagian VVIP.. mak, adik dan abangnya ada hadir.. hahaha.. akibat penangan populariti Nick Khun, keluarga dier pun menerima 'tempias'.. Mmg diaorg jadi centre attraction seblm konsert 2pm bermula.. :)

Tepat jam 0830 mlm, konsert bermula.. hahaha.. teruja sangat.. dengan setianya sy bawak light stick love kiut miut warna hijau.. sel plak bawak warna merah.. Hmm.. alangkah frustnyer hati bila amik gambar, gambar tak berapa nak jelas.. Nak keluarkan kamera Sony NEX tak berani plak sebab tkt obvious sgt.. tgk sekeliling x da org lain guna kamera dslr..sbb tu x brani. alahai..

Nak ambik video pun takut2x sebab petugas2x sentiasa setia bwk lampu dan tanda "Recording not allowed" Tapi ramai jugak yg degil, sampai diaorg suluh muka berkali-kali.. Iyelah kan, kitaorg byr tiket dah la mahal.. tempat plak tak mengizinkan utk ambik gambr yang jelas.. amik video baru jelas skit.. nasib ler sy ada ambik video skit2x jadi kenangan.. huhuhu..

Hmmmm... kalau ikt diaorg punya plan, mmg rock pit, vvip yang didepan dan free seating kanan kiri yang hujung skali paling untung sebab dpt berinteraksi secara lebih dkt dengan 2pm.. seats kitaorg mmg less fortunate.. kitaorg hanya mampu melihat jer ahli-ahli 2pm dari jauh.. Jeles jugak tgk ada peminat dpt ambik gambar dan video dengan jelas (rock pit). Nasib baiklah di hujung konsert, Taecyeon tiba-tiba jer melompat dari stage ke tempat free seating.. haha.. apalagi peminat2x pun menyerbu Taecyeon sambil pasukan Rela kelam kabut pergi ke arah Taecyeon..

Yang seronoknya, dia sempat melambai-lambai ke arah kami.. huhu.. Kansahamnida Taecyeon!! Keep up your caring attitude!! ^_^ Bila dier kembali ke stage, Junho pun mcm nak 'sepak' dier tanda Taecyeon ni nakal.. nasib baik x de kecederaan, kalau x naya ler.. Ape-apepun, persembahan malam tue semuanya terbaek.. dengan sound system yang kuat, lighting dan effect yg spesial.. best sgt.. kemuncaknya bila Nick Khun terapung seperti 'black angel' kt pentas seblm lagu yg sy tunggu2x - Heartbeat!!

Bila diaorg umukan lagu terakhir (rasa sedih pun ada gak.. hehehehe), ingatkan diaorg nyanyi 1 lagu jer, rupa-rupanya diaorg nyanyi lagu-lagu popular diaorg dari dulu-dulu sampai sekarang.. sy apalagi ikut nyanyi skali ler.. hehehe.. menyingkap nostalgia.. lagu.. Again & again, I'll be back, Tired of Waiting, Heartbeat, Without You, Only You, 10 out of 10, Hands Up dan banyak lagi...

Video Clip yang sempat sy ambik... Electricity.. lagu yang kedua dinyanyikan semasa konsert.. ambik video ni pun sebab frust x dpt ambik gambar diaorg dengan jelas..



Gambar2x:

sila klik gambar untuk paparan lebih jelas ^_^










No comments:

Post a Comment