Wednesday, September 30, 2015

Jom Jalan2x Seoul 2015 (Day 1) Incheon - Sinseol-dong -Myeongdong-Cheongye Plaza-Gwanghwamun Square

Rentetan Bergambar Sepanjang Hari Pertama Trip Seoul Mid-Autum 2015...
Incheon Airport Gate 12A (Bas 6002) 10000won --> Sinseol-dong Bus Stop

Free cold drink bila shopping di Missha
Lunch @ Myeongdong
(Euljiro 1-ga Station (Line 2), Exit 6 - jalan dlm 230m
Myeong-dong Station (Line 4), Exit 6 - jalan dalam 200m

Antara tarikan2x di Myeongdong
Terjumpa Cikgu Kenneth, fellow Sarawakian dlm lautan  manusia di
Myeongdong (what a coincidence!)


Jom ke Cheonggye Plaza!
Siput'

Sebelah malamnya, kami ke Cheonggye Plaza dan Gwanghwamun Square - statue King Sejong, General Yi Sun Sin (hadapan Cheonggye Plaza)... melintas jalan/ trafik untuk ke seberang

2 pilihan untuk ke Cheonggye Plaza ialah:

1. Gwanghwamun Station (Line 5)
     - Keluar Exit 5
     - Jalan 60m untuk ke plaza

       (sebelah kiri)

2. City Hall Station (Line 1/ Line 2)
     - Keluar Exit 4
     - Jalan 300m untuk ke plaza
       (sebelah kanan)

Ikut gerak hati.. akhirnya kami tiba di siput di gambar sebelah.. siput ni merupakan icon Cheongye Plaza..

Suasana malam mid-autumn sangat nyaman dan sejuk. Kami bergerak ke sebelah bawah Cheonggye Plaza untuk melihat Cheongcheon Stream (warna-warni cahaya api)

Tempat ni mmg sesuai utk lepak2x dan menikmati angin malam Seoul.. sangat romantik dan menyegarkan.. ^_^









Jalan2x nak cari makan.. akhirnya kami berhenti kat satu tempat betul2x depan traffic light nak ke seberang...

Kedai makanan segera (goreng) - makanan laut dan fish cake.. Ramai 'abam' polis menapau kat kedai ni.. so, kitaorang pun ambik keputusan untuk makan kat sini... kedai die kecik jer - ruang memasak + display dan ruang makan (berdiri).. sy ambik squid goreng (3000won).. sungguh rangup dan sedap makan panas-panas. Air minuman (air sejuk) free yer kawan2x..

Habis menjamu selera, kitaorg gerak nak ke Gwanghwamun Square. Sepanjang perjalanan, banyak deretan cafe yang comel lote dan terjumpa plak bunga2x yang ditanam di sepanjang jalan.. sangat teruja!

Snap sana, snap sini... jalan dr tempat makan tadi tak jauh dari persimpangan di bawah.. sebenarnya boleh nampak pun statue General Yi Sun Sin dr seberang.. so, apalagi.. jum sama-sama melintas jalan!






Gwanghwamun Square @ Night

King Sejong! Akhirnya kita berjumpa lagi!
p/s: kat sini banyak exit (Gwanghwamun Station) dan berdekatan dengan station ada internet connection, so bolehlah lpk trlebih dahulu untuk update status, upload gambar atau search maklumat ke...


No comments:

Post a Comment